Friday, October 7, 2011

PANDUAN DAE'


PENDAHULUAN
~ SEKAPUR SIRIH ~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Memanjat syukur kehadhirat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpahan Rahmat dan Hidayah dari-Nya,maka pengelola telah berusaha dengan sedaya mungkin untuk mewujudkan blog yang insyaAllah bakal berguna kelak ini.

Pengelola bukan bertujuan menunjuk pandai atau cuba membuat tanggapan sendiri dalam meletakkan isi dalam blog ini nanti.Hanya mengimpikan agar muslim keseluruhannya dapat berfikir,melontar pendapat,berkongsi ilmu dan menyegarkan semula minda bersama kelak.

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,doa kebaikan untuk para Ahlul-Bait,Sahabat-sahabat baginda,Nabi-nabi terdahulu,para tabiin dan tabi'-tabiin serta ummat islam seluruhnya.

Alangkah sedih rasa hati bila mengenangkan ummat bukan islam begitu rakus mengkaji Al-quran,sedangkan ummat islam sendiri sedang hanyut dalam rancangan jahat mereka.Atas dasar keperihatinan ini,maka pengelola cuba berusaha agar dapat sama-sama mengkaji,mensolusikan serta memberi dorongan dengan blog ini  agar ummat islam bangkit kembali,menyarung perisai keamanan,memegang pedang keimanan serta akhirnya nanti dapat menyerapkan peluh perjuangan dalam menegakkan syiar islam yang kita cintai ini.


OBJEKTIF

Saudara-saudariku sekelian,blog ini ana tampilkan dengan elemen-elemen ilmu tentang bacaan al-quran(tajwid) dan ilmu tentang kajian al-quran dari ayat ke ayat,dari surah ke surah.Ana tidak memasukkan elemen tarannum atau qiraat tetapi memasukkan unsur-unsur hadis berkaitan.

Segala isi yang terkandung adalah termasuk pendapat ana,rakan-rakan serta ilmu yang telah dipelajari.Segala kekurangan diharap dapat diteguri dan ditambah-baikkan kelak.Semoga perkongsian ilmu bersama kelak dapat diguna-pakai dalam memartabatkan semula ISLAM yang kita cintai ini.

Wallahu-A'lam

No comments:

Post a Comment